Seorang mangsa kemalangan Julai lalu dari Kampung Makam dekat sini, merayu bantuan untuk kos pembedahan pada kakinya yang patah. Jamilah Awang, 52, berkata, keluarganya tidak mampu menampung kesemua kos pembedahan dan rawatan tersebut.
0.00% Raised
$0.00 donated of $1,300.00 goal
0 Donors

“Kos pembedahan bagi memasukkan besi dalam paha cecah RM1,300. Mak cik tak ada duit banyak itu. Itu belum kos lampin pakai buang yang terpaksa pakai. “Sejak Julai sampai sekarang mak cik terlantar, tak dapat bekerja. Suami pun terpaksa berhenti kerja jaga mak cik,” katanya kepada Sinar Harian. Jamilah patah tulang paha, lengan dan rusuk akibat kemalangan dengan sebuah lori yang berlaku Julai lalu kira-kira jam 7.30 pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Sehingga kini Jamilah menjalani tiga pembedahan dan bakal menjalani pembedahan keempat dalam masa terdekat. Menurut Jamilah, empat anaknya yang sudah bekerja membiayai kos rawatan dan perjalanannya ke hospital bersama suami sebelum ini. “Anak-anak pun kerja biasa bukan orang senang dan ada keluarga sendiri. Dua lagi anak saya masih sekolah. “Sejak kemalangan sampai sekarang kos rawatan sahaja sudah cecah RM1,000. Itu belum termasuk kos perjalanan, makan minum suami dan anak yang jaga mak cik di hospital Johor (Hospital Sultan Ismail). “Kami terpaksa pinjam kereta dengan saudara untuk ke hospital. Sampai hospital dah jadi rumah kedua kami sekeluarga. Doktor, jururawat memang dah kenal,” katanya. Menurutnya lagi, dua anaknya yang masih bersekolah di tingkatan 3 dan tingkatan 2 juga terpaksa bergilir-gilir meminta kebenaran tidak hadir ke sekolah untuk menjaganya di hospital. Katanya, dalam sebulan dia terpaksa berulang alik ke HSI dua atau tiga kali dan ada kala ditahan dalam wad sekiranya keadaan kesihatannya merosot. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank 4750659316 atas nama Jamilah Awang.

Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on StumbleUpon0Share on Tumblr0