Madrasah Nurul Hidayah Banggul Setul, Kampung Tembak, di sini, memerlukan sumbangan dana bernilai RM500,000 bagi membina kompleks pengajian Islam untuk keselesaan pelajarnya.
0.00% Raised
$0.00 donated of $500,000.00 goal
0 Donors

Difahamkan, madrasah itu menempatkan pelajar berusia 12 hingga 17 tahun dan ada di antaranya adalah penuntut dari Selatan Thailand.

Pembantu Mudir, Osman Abdul Hamid berkata, jumlah yang diperlukan itu merangkumi pembinaan pejabat, perpustakaan, bilik guru dan bangunan tiga tingkat.

“Setakat ini, kesemua pembinaan sedang dijalankan kontraktor terlibat, namun kami memerlukan sumbangan RM500,000 untuk menyiapkan kesemua pembinaan ini,” katanya.

Osman berkata, pembinaan perpustakaan itu bertujuan memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran.

“Pelajar tiada tempat untuk menelaah pelajaran, mereka terpaksa menggunakan ruang dalam bangunan madrasah untuk belajar.

“Selain itu, pelajar juga tiada sumber rujukan, mereka cuma menggunakan kitab sendiri untuk mengulang kaji,” katanya.

Selain pembinaan berkenaan, madrasah juga sedang berusaha mencari dana bagi pemasangan tiga kubah sebagai mercu tanda pusat pengajian itu.

“Ketiga-tiga kubah itu bernilai RM70,000, jika tiada dana mungkin pihak madrasah perlu mengubah suai bentuk bangunan,” katanya.

Sumbangan keperluan harian diperlukan

Dalam pada itu, madrasah yang mula diasaskan tahun 1985 itu juga memerlukan sumbangan keperluan asasi bagi mengurangkan beban pengurusan.

“Jika ada pihak sudi memberi sumbangan seperti beras, minyak masak dan lain-lain sangat dialu-alukan.

“Barang-barang keperluan asasi sekarang seperti beras agak tinggi, yuran makan dan minum, sekolah hanya kenakan RM170 sebulan kepada pelajar,” katanya.

Tambahnya, sumbangan sebuah van turut diperlukan bagi kelancaran aktiviti pelajar.

“Van yang ada sudah uzur dan tidak mampu bergerak jauh, malah untuk selenggara juga perlu kos yang tinggi.

“Jadi madrasah perlu van baru bagi membawa pelajar untuk solat jenazah dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Osman berkata, akibat kekangan dana, ada kalanya madrasah terpaksa meminjam wang dari pihak tertentu bagi menguruskan bayaran gaji seramai 17 guru termasuk kakitangan.

Menurutnya, sebanyak RM16,000 ditanggung madrasah bagi bayaran gaji termasuk utiliti.

“Kewangan madrasah selama ini hanya bergantung kepada sumbangan dan yuran pelajar sepenuhnya,” katanya.

Madrasah itu turut memerlukan sumbangan lain termasuk pondok wakaf ilmu dan balai menunggu.

“Pondok wakaf ilmu dan balai menunggu akan ditempatkan berhampiran kawasan penempatan pelajar.

“Dengan adanya pondok wakaf ilmu itu, pelajar dapat gunakannya untuk menghafal al-Quran dan aktiviti berfaedah lain, balai menunggu pula untuk menyambut kedatangan waris,” katanya.

Bagi mana-mana pihak yang sudi membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di nombor 02020010027433, Bank Maybank di nombor akaun 152040339766, Bank Simpanan Nasional, 02126-41-80336814-1 atau hubungi ustaz Mohd Zainon Ariffin di talian 019-475 4716 atau ustaz Osman Abdul Hamid 019-481 1947.

Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on StumbleUpon0Share on Tumblr0